Kemalangan berlaku dimana-mana sahaja walaupun ditempat yang kita rasa selamat.

Sebelum ini sebuah kereta merempuh masuk dan jatuh kedalan sebuah shopping complex di Kelantan baru-baru ini yang mengakibatkan dua seorang meninggal dunia dan seorang lagi parah.

Dan yang terbaru, sebuah shopping complex di Melaka meletup mengakibatkan seorang terbunuh dan enam lagi cedera parah akibat gas meletup didalam shopping complex itu.

Oleh itu, keperluan insurance ketika ini amatlah tinggi sebagai rakan kita bila kita memerlukan dan bila kita didalam kesusahan.


Picture
Dipetik dari Berita Harian

20 turut cedera termasuk enam parah dipercayai sistem paip gas bocor

MELAKA: Seorang maut manakala 20 cedera termasuk enam parah, apabila kawasan medan selera pusat beli- belah Aeon Bandaraya Melaka di Jalan Lagenda, dekat Peringgit di sini, yang bakal dibuka pada Khamis ini, meletup dan musnah, tengahari semalam.

Kejadian berlaku jam 12.50, ketika ramai pekerja syarikat kontraktor dipercayai menjalankan kerja pemeriksaan kebocoran sistem pembekal paip gas cecair asli (LPG) kawasan berkenaan, apabila meletup tiba-tiba.

Mangsa yang mati dikenalpasti Tiau See Peing, 25, dari Kluang, Johor disyaki cedera parah di leher, dipercayai terhumban dan terkena serpihan siling runtuh akibat letupan yang dikatakan menggegarkan seluruh pusat beli- belah itu dan kawasan sekitarnya.

Enam lagi rakannya yang parah dalam kejadian itu dipercayai turut terpelanting dan terkena serpihan sama. Mereka dikenali sebagai Mohd Tarmizi Jaafar, 23; Mohd Fadly Rosli, 28; Lai Soon Wee, 32; Ooi Kok On, Tan Kwan Hai serta Solehan Munari, 33, warga Indonesia.

Mereka semua dihantar ke Hospital Melaka sejurus kejadian untuk rawatan lanjut. Sehingga awal malam tadi, dua daripada mereka iaitu Mohd Tarmizi dan Lai Soon, disahkan masih ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), namun disahkan stabil.

Mangsa yang cedera hanya mendapat rawatan pesakit luar termasuk tujuh penduduk tempatan, enam warga Indonesia dan seorang Myanmar.

Penduduk tempatan dikenali sebagai Mohd Ikhwan M Salleh, 22; Lim Woon Pin, 23; Mohd Faizol Rozali, 24; Norzahisham Mohamad, 25; Tee Chin Huat, 26; Zawiyah Shakrie, 39, dan Nordin Abbas, 44 manakala enam warga Indonesia adalah Ariz Suharsono, 23; Rapi Man, 24; Horramah, 26; Raqib, 36; Musliyadi, 25; Samsul, 27 serta That Pain O, 25, dari Myanmar.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman ketika ditemui di tempat kejadian petang semalam, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan lanjut dijalankan.

"Besar kemungkinan letupan ini berlaku disebabkan kebocoran gas pada paip di medan selera berkenaan. Bagaimanapun kita belum dapat mengesahkanya kerana pasukan kami sedang menjalankan siasatan lanjut," katanya.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, R Ezhumalai, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung letupan itu pada jam 12.59 tengah hari, sebelum menghantar dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu bersama 30 anggota termasuk lima pegawai.

Katanya, ketika pasukan itu sampai enam minit kemudian di lokasi kejadian, empat mangsa sudah dikeluarkan dari tapak letupan oleh rakan mereka.

"Selepas itu, kami dimaklumkan, terdapat dua lagi mangsa masih terperangkap dalam runtuhan medan selera itu. Sejurus selepas gerakan mencari dilakukan, kami berjaya menjumpai dua lagi mangsa yang terperosok dibawah timbunan runtuhan siling," katanya.

3/13/2024 01:51:13 am

Terbaik

Reply



Leave a Reply.