Artikel dari Berita Harian pada 30/7/2008

Kesian... Kos perubatan tinggi. Kalau ada polisi insuran sekurang-kurangnya ringan sikit beban tu.

KOTA BHARU: Seorang murid miskin, Nik Ahmad Adam Ashraff Nik Mat Hazizi, 12, yang menderita penyakit jantung memerlukan bantuan daripada orang ramai bagi membiayai kos pembedahannya yang dijangka berjumlah RM10,000.

Ibunya, Norizan Mahmood, 32, berkata beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan wang sebanyak itu kerana beliau menjadi sumber pendapatan utama keluarga bekerja sebagai pembantu restoran dengan pendapatan RM500 sebulan, manakala suaminya, Nik Mat Hazizi Nik Mustafa, 38, bekerja kampung. Katanya, Nik Ahmad Adam Ashraff yang kini menuntut di Sekolah Kebangsaan (SK) Ismail Petra 2, dekat sini, disahkan menghidap penyakit itu kira-kira tiga bulan lalu ketika mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana perut buncit dan bengkak kaki.

"Melalui ujian darah yang dijalankan di HUSM, doktor mengesahkan anak saya menghidap penyakit jantung dan perlu menjalani pembedahan dengan segera. "Doktor mendapati tiga daripada empat injap jantung anak saya bocor dan pembedahan segera perlu dilakukan bagi mengelakkan ia menjadi lebih kritikal dan diberitahu kosnya sebanyak RM10,000.

"Oleh kerana pendapatan tidak seberapa, selain terpaksa menanggung lima anak, tiga daripadanya masih bersekolah, sukar hendak mengumpul jumlah sebanyak itu," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam. Norizan berkata, bantuan segera diperlukan untuk pembedahan itu bagi membolehkan Nik Ahmad Adam Ashraff sembuh dan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Katanya, bantuan kewangan juga diperlukan untuk penjagaan rapi anaknya itu termasuk rawatan susulan serta kos perubatan lain. "Sejak menghidap penyakit ini, anak saya sering demam dan terpaksa mengambil cuti lama kerana keadaan kesihatannya yang tidak menentu. Nik Ahmad Adam Ashraff kini mendapat rawatan di HUSM tiga minggu sekali," katanya.


 


Comments




Leave a Reply

Name (required)
Email (not published)
Website